Monday, August 20, 2007

Pengalaman

Salaam...
Dalam bulan julai 2007, saya dan abang saya telah bercadang mengayuh basikal di kawasan kami. Kami berdua mula mengayuh pada kira-kira 3 petang. Betapa seronyoknya berkayuh sambil merasakan keenakan angin yang kencang meniup di muka saya. Kaki kami mula berasa letih dan telah pun dibincangkan bahawa kami akan berehat di tempat makan iaitu "KFC".
Setelah beberapa jam berkayuh, kami pun berhingap sebentar di KFC yang berdekatan. Ia terletak di tingkat dua di bangunan membeli-belah. Oleh itu, basikal saya dan abang saya, kami ikatnya dengan tali basikal di tempat meletak basikal. Kami berborak sesama sekali sambil memakan hidangan kami. Selepas habis mengisi perut kami dengan ayam kentaki yang selazat lazatnya, kami pun turun ke tingkat satu untuk menanggalkan ikatan tali basikal kami.
Dengan terkejutnya, hanya basikal abang saya yang berada di tempat letak basikal itu. Saya mula panik kerana di mana agaknya basikal saya telah pergi. Saya kecewa kerana mungkin saya tidak mengikat tali basikal dengan betol. Sebab itulah pencuri basikal sangat senang mendapatkan basikal saya. Dengan sedihnya, saya pulang ke rumah dengan menumpang basikal abang saya.
Hingga hari ini basikal kehilangan saya tidak kelihatan.

Yang dikasihi,
Ashraf.

Pandangan tentang sebuah artikel (Anak Monyet?)

Salaam...
Artikel ini saya dapati daripada Berita Minggu - 4 Februari 2007.
Tajuknya adalah "Anak Monyet".
Artikel ini mengenai budak perempuan bernama Supatra Sasuphan atau dikenali dengan nama Nat. Dia mengalami masalah genetik hingga bulu tumbuh di anggota. Mungkin kerana inilah dipanggilnya Anak Monyet. Wajahnya seperti monyet.
Di waktu saya membaca artikel ini, saya sangat bersyukur kerana saya tidak mengalami penyakit itu. Nat bernasib baik kerana walaupun wajahnya seperti monyet, kawan-kawannya tidak pernah mengejeknya. Bagi saya, orang seperti Nat tidak patut dijarakkan atau tidak dilayani kerana mereka juga manusia seperti kita yang mempunyai perasan masing-masing.
Oleh itu, saya igin menutup post ini dengan mengatakan bahawa kami haruslah sentiasa bersyukur kerana kesempurnaan kita.

Yang sebenar benarnya,
Ashraf.