Wednesday, March 5, 2008

Wawancara bersama pakcik Malik

Salaam...
Beribuan terima kasih kepada pakcik Malik kerana sudi memberikan masa dan tenaga untuk bertemu dengan saya untuk berwawancara tentang kerjaya yang pernah pakcik ceburi iaitu pemandu teksi.

1] Bilakah pakcik mula bekerja sebagai pemandu teksi? Adakah ini pilihan pakcik?

Saya bermula bekerja sebagai pemandu teksi pada ahkir tahun 2005. Ya, ini memang pilihan saya. Sebenarnya, saya memilih untuk menjadi pemandu teksi kerana saya sudah pencen. Sebelum ini, saya bekerja sebagai ahli bomba di tampines.

2] Bilakah waktunya pakcik harus mula memandu?

Oh, sebenarnya saya berkongsi teksi saya dengan rakan saya. Oleh itu, saya hanya perlu memandu pada siang hari sahaja. Rakan saya pula akan memandu pada malam hari. Dengan ini, saya tidak rugi menyewa kereta teksi.
3] Pernakah pakcik mengalami kesukaran semasa menjalani kerja ini?

Ya, saya sering mengalami kesukaran semasa ingin mencari penumpang. Kadang kala, saya berpusing-pusing sehingga mengambil setengah jam barulah menjumpa penumpang. Ada juga waktu-waktunya di mana saya mendapat penumpang dengan senang sekali. Apa hendak buat, ini semua rezeki masing-masing.

4] Pernahkan pakcik berasa menyesal memilih kerjaya sebagai pemandu teksi?

Tidak. Saya tidak pernah menyesal kerana saya sangat gemar memandu. Tambahan pula, saya suka menjelajah walaupun Singapura ini kecil kerana ada juga orang yang boleh sesat di sini. Kini, saya sudah kenal pasti tempat-tempat di Singapura dan di mana saya boleh memandu untuk mendapatkan laluan pendek
5] Ceritakan satu pengalaman yang tidak dapat pakcik lupakan semasa memandu teksi.

Terdapat banyak pengalaman yang saya tidak dapat lupakan semasa memandu teksi. Tetapi pengalaman yang paling saya teringat ialah semasa memandu di tempat meletak kereta, kereta teksi saya hampir terlangar seorang pemuda. Sewaktu itu, saya berasa sangat letih dan saya terhayal memikirkan sesuatu lalu tidak begitu fokus di jalan raya. Pengalaman ini telah asyik menimbul di fikiran saya semasa memandu. Ada baiknya kerana saya akan sering berjaga-jaga dan fokus agar tidak ditimpa sembarang kemalangan.

6] Adakah beberapa pesanan-pesanan yang pakcik ingin memberitahu kepada saya?

Saya hanya ingin memesan agar kamu sering menjaga harta benda yang kamu bawa masuk ke dalam kereta teksi. Ini kerana saya telah beberapa kali terjumpa benda-benda seperti telefon bimbit, dompet dan jam tangan apabila menoleh ke belakang di mana penumpang saya yang terakhir duduk. Ini semua pemiliknya ialah penumpang-penumpang kereta teksi saya.
(Terima kasih pakcik Malik sebab sudi diwawancara untuk membantu menyelesaikan projek saya ini.)