Tuesday, January 22, 2008

Ucapan terakhir & Kata-kata perpisahan

Salaam...
Pertama sekali, saya ingin mengatakan bahawa saya sangat bersyukur kerana dapat meneruskan pelajaran saya ke tingkatan yang lebih tinggi. Ini semua telah ditakdirkan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dari apa segi bangsa kerana telah memimpin saya sampai ke sini. Betapa rindunya saya kepada sekolah shuqun ini. Rakan-rakan saya juga akan saya rindukan. Tempat yang saya dan rakan-rakan rapat sekolah saya sering berlepak akan saya membuatnya kenangan yang terindah sampai tidak boleh dibayangkan.
Akhir kata, selamat tinggal kawan-kawanku yang tidak akan dilupakan, guru-guruku yang disayangi dan tidak disayangi, musuh-musuhku yang kasihi dan bangunan sekolahku yang akan dirobohkan.
Selamat tinggal...kerana aku akan meninggalkan tempat ini.

Bye-bye,
Ashraf.

Monday, January 21, 2008

Bagaimana mecapai kejayaan dalam pelajaran

Salaam...

Mencapai kejayaan dalam apa segi bentuk pelajaran ialah penting bagi saya. Mendapat pelajaran yang tinggi akan dapat menolong saya mendapat kerja yang bagus dan tetap pada masa yang akan datang.

Oleh itu, faktor yang pertama untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran ialah kita mesti mempunyai semangat yang setinggi-tingginya dalam pelajaran tersebut. Kami juga perlu mempunyai minat untuk belajar. Jikalau kami mempunyai kebencian atau merasa bosan akan pelajaran tersebut, kita mestilah terpaksa meminatinya kerana akhirnya kita pasti akan dapat keutungan.
Kedua, kita harus selalu berulangkaji setiap kali kita ada masa lapang. Kita juga mesti memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar. Kita harus fukos dan cuba elakkan kacauan dan godaan daripada kawan-kawan yang tidak begitu bersemangat hendak belajar ataupun benda-benda yang menarikkan perhatian kita seperti telefon bimbit permainan "PSP" dan sebagainya.
Akhirnya, kita juga hendaklah menjaga kesihatan kita. Masa tidur kita ialah penting. Jika masa tidur kita tidak mencukupi mengikuti badan kita, kita akan merasa penat dan letih pada keesokan harinya. Dan bagaimana kita ingin belajar dengan bersungguh-sungguh? Sepatutnya kita bersenam dalam apa segi senaman agar badan kita sehat dan kuat untuk bekerja harian.

Dengan keterangan di atas yang saya telah berkongsi, saya sangat berharap agar saya dapat mencapai markah yang cemerlang bagi peperiksaan 'O' level saya pada tahun ini. Kamu semua berdoa lah supaya saya mendapat apa yang saya inginkan.

Yang berperangai baik,
Ashraf.