Monday, August 20, 2007

Pandangan tentang sebuah artikel (Anak Monyet?)

Salaam...
Artikel ini saya dapati daripada Berita Minggu - 4 Februari 2007.
Tajuknya adalah "Anak Monyet".
Artikel ini mengenai budak perempuan bernama Supatra Sasuphan atau dikenali dengan nama Nat. Dia mengalami masalah genetik hingga bulu tumbuh di anggota. Mungkin kerana inilah dipanggilnya Anak Monyet. Wajahnya seperti monyet.
Di waktu saya membaca artikel ini, saya sangat bersyukur kerana saya tidak mengalami penyakit itu. Nat bernasib baik kerana walaupun wajahnya seperti monyet, kawan-kawannya tidak pernah mengejeknya. Bagi saya, orang seperti Nat tidak patut dijarakkan atau tidak dilayani kerana mereka juga manusia seperti kita yang mempunyai perasan masing-masing.
Oleh itu, saya igin menutup post ini dengan mengatakan bahawa kami haruslah sentiasa bersyukur kerana kesempurnaan kita.

Yang sebenar benarnya,
Ashraf.

No comments: