Tuesday, September 11, 2007

Artikel dari cyberita (Siapa pun nak masuk 'jel' ini)

Salaam...
Artikel ini saya petik daripada cyberita yang bertarikh 10 September 2007. Tajuknya telah menarik sungguh perhatian saya. Apabila saya meneruskan membaca artikel ini, semakin tertarik hati saya kepadanya. Artikel ini mengenai sebuah jel di Boston yang telah dibuat semula dan dijadikan hotel mewah yang bernama Hotel Liberty Boston.

Saya ingin membuat komentar mengenai artikel ini. Pada pendapat saya, merobah wajah jel menjadi hotel adalah idea yang sangat kreatif sekali dengan membuat sel kurungan menjadi bilik mewah. Saya tidak terkejut jika penduduk sekitar berdekatan dengan hotel itu menyewanya. Siapa tidak mahu tinggal di hotel mewah? Tetapi saya pasti ada yang berpandangan yang sebaliknya. Mungkin kerana mereka pecaya akan tahyul dan perkara-perkara yang belom dipastikan atau tiada bukti yang berlaku di jel lama itu.

Jikalau saya mendapat peluang untuk berlancong ke Boston, saya ingin sekali melihat Hotel Liberty Boston yang baharu itu dengan mata saya sendiri.
Saya pernah terfikir pernahkah sebuah hotel dijadikan sebuah jel?
Baik lah, itu sahaja dapat saya komenkan.

Yang boleh dipercayai,
Ashraf.

No comments: