Tuesday, September 18, 2007

Komen tentang kenaikan tambang bas & teksi

Salaam...
Kelas melayu saya diarahkan supaya memberi pandangan mereka tentang artikel yang diberi oleh cikgu kami, Cikgu Ismail. Pandangan saya ialah ianya wajar bagi pihak pemerintah untuk menaikkan tambang bas dan teksi. Namun, di kalangan penumpang-penumpang kenderaan awam, mereka tidak disetujui sekali.



Terkini, pemandu teksi sedang mengalami masalah berkenaan kenaikan harga minyak yang dikatakan menjejas pendapatan mereka. Memang benar tiada jalan lain untuk menyelesaikan masalah ini kecuali menaikkan tambang. Jikalau kita lihat daripada sudut pandangan pemandu teksi, mereka mempunyai banyak masalah. Ada yang mengenai betapa susahnya mencari penumpang, duit sewa kereta yang perlu dibayar dan yang lain-lain lagi. Apatah lagi apabila pemandu teksi sudah membuat beberapa pusingan tetapi tiada kelihatan penumpangnya. Dan ini telah melibatkan pemandu teksi untuk membazir kereta minyaknya. Oleh itu, pada pendapat saya, bagi kenaikan tambang teksi, saya tidak mempunyai masalah tentang perkara tersebut.

Bagi bas pula, saya sangat tidak bersetuju sekali tentang kenaikan tambangnya. Penuntut sekolah seperti saya tidak termasuk di antara mereka yang perlu membyar bas tambang yang lebih. Masalah sekarang ialah bas tambang akan dinaikan dan ini akan sekali menjejas wang penuntut sekolah. Mereka akan diperlukan menambah isi duit di dalam kad ez-link mereka dengan lebih kerap. Ibu bapa mereka pula harus memberi wang yang lebih kepada anak-anak mereka yang masih bersekolah dengan menaiki bas. Oleh itu, saya tidak setuju dengan kenaikan tambang bas kerana ia akan memberi saya lebih masalah.

Dengan semua ini, saya ingin mengatakan bahawa kenaikan tambang bas dan teksi mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu, kita tidak boleh cakap sembarang dengan tiada sebab.
Begitulah komen saya....

Yang bersifat kemaluan,
Ashraf.

No comments: